"Kesian Kucing Aku Dapat Tuan Yang Miskin" - Video Founder Tudung Sambut Birthday Kucing Di Louis Vuitton Raih Perhatian

HIBURAN
May 10, 2024 - 01:53 PM


Kucing adalah haiwan comel yang dipelihara oleh ramai individu dek kerana keletah dan perangainya. Bukan itu sahaja, kucing juga dianggap sebagai peneman untuk sesetengah individu. Jadi, tidak hairan ramai yang memelihara haiwan tersebut dan memberi layanan yang istimewa. 

Antara individu yang memberi layanan berkelas terhadap kucing peliharaan adalah pengasas tudung mewah Bawal Exclusive, Haliza Maysuri.

Baru-baru ini, Haliza mencuri perhatian ramai apabila membawa kucingnya, Money, menyambut hari lahir yang ke-7 di outlet fesyen mewah jenama antarabangsa. 

Dalam hantaran di Instagramnya, Haliza menyatakan Money dijemput bagi menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-7 tahun di butik itu yang terletak di The Gardens, Kuala Lumpur. 

“Pertama kali dalam sejarah Louis Vuitton Malaysia menjemput dan meraikan hari jadi Pets (Money) di butik mewahnya,” tulis Haliza.

Menerusi video sambutan majlis hari jadi yang dikongsikan, Money turut menggayakan pakaian dari butik pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim yang dihiasi dengan batu-batu kristal Swarovski yang sangat diminati oleh Haliza sendiri.

“Akhirnya tercapai juga hajat Money nak pakai baju Haute Couture By Ri macam Mama, meletup berkilau mewah Swarovski itu,” kongsi Haliza di TikTok. 

@halizamaysuri

Akhirnya tercapai juga hajat Money nak pakai baju @hautecouturebyri macam Mama, letop berkilau mewah Swarovskinya 😻 Bersiap nak celebrate birthday Money

♬ original sound - Haliza Maysuri

Malah, haiwan berkenaan turut diberi kejutan kek dan hadiah dari jenama mewah itu sempena ulang tahun kelahirannya. Apa yang menjadi perhatian adalah hadiah hari jadi berupa beg yang diperolehi oleh Money ditempah khas dari Paris.

Difahamkan, hadiah yang bernilai RM17,400 tersebut merupakan pemberian daripada suami Haliza untuk kucing kesayangannya itu. 

Video yang dikongsikan tersebut telah mengundang perhatian dimana ramai yang teruja melihat sambutan hari jadi si bulus selain memuji Haliza dan keluarganya dalam memberikan layanan yang baik terhadap makhluk Allah itu. 

Melihat ke ruangan komen, ada juga yang melawak tentang menjadi tuan yang miskin kepada si bulus.

"Nasiblah kucing i dapat tuan yang miskin.

"Mesti kucing aku kategori asnaf. 

"Anak-anak bulusku, kita hidup bersederhana ya plus mak miskin," komen mereka.  

 

Sumber: Instagram & TikTok

Destination: