Rumah P Diddy Digeledah Atas Tuduhan Perdagangan Seks

HIBURAN
March 27, 2024 - 01:43 PM


Baru-baru ini, industri hiburan Hollywood telah digemparkan dengan berita penggeledahan rumah P. Diddy, rappers terkemuka atas tuduhan pemerdagangan manusia dan aktiviti pedofil.

Dalam satu serbuan, dua anak lelaki P. Diddy iaitu Justin dan King Combs turut ditahan bersama dengan seorang lagi individu yang tak dikenali. 

Difahamkan ketika serbuan, P. Diddy telah melarikan diri dengan jet peribadinya ke Antigua apabila jet peribadi milik penyanyi rap popular itu berjaya dikesan mendarat di Antigua iaitu sebuah pulau di Caribbean dalam negara Antigua and Barbuda.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat jelas mengenai sama ada Diddy berada dalam jet tersebut. 

Menurut beberapa laporan media, serbuan itu berkaitan dengan kegiatan pemerdagangan seks yang didakwa melibatkan Diddy. Ia berlaku selepas beberapa kes serangan seksual difailkan terhadap Diddy lewat tahun lalu dengan satu lagi kes difailkan pada awal tahun ini. 

Pada Februari lalu, penerbit dan komposer Rodney ‘Lil Rod’ Jones memfailkan saman selepas mendakwa Didy melakukan serangan seksual terhadapnya.

Jones turut menyatakan bahawa dia seringkali menjadi mangsa gangguan seksual oleh P. Diddy sejak dia tinggal bersama rappers itu pada 2022, dengan seringkali merabanya ketika di bilik mandi.

Bukan sahaja Diddy, Jones malah menambah seorang lagi dalam senarai pendakwaan iaitu Cuba Gooding Jr sebagai melakukan pengantunan seksual atau grooming.

Selain itu, P. Diddy juga dilaporkan melakukan aktiviti hubungan kelamin dengan gadis bawah umur dan pelacur. Dia seringkali mengadakan parti seks di kediamannya. Dengan memberikan dadah kepada mangsa yang rata rata kanak kanak itu.

Dia turut didakwa merakam perbuatannya itu sebagai satu bentuk ugutan jika kanak kanak tersebut cuba membongkar kelakuannya. Sebelum ini sudah banyak laporan tentang Diddy melakukan pengantunan seksual ke atas artis dan penerbit muda.

Antara artis yang dikatakan menjadi mangsa kepada pengantunan seksual atau grooming adalah Justin Bieber dan Usher ketika mereka di usia muda. 

 

Sumber: The Vocket & Kosmo

Destination: