"Selepas Terima Ancaman..." - Eric Nam Beri Penjelasan Tentang Sokong Israel Dan Batal Konsert Di Malaysia

HIBURAN
October 30, 2023 - 02:52 PM


Baru-baru ini Eric Nam, penyanyi Korea - Amerika Syarikat telah menerima kritikan dari orang ramai termasuklah netizen Malaysia selepad dilihat memberikan sokongan kepada Israel dalam konflik negara tersebut bersama Palestin.

Disebabkan memberi 'Like' pada sebuah hantaran yang menyarakan sokongan kepada Israel, penyanyi berkenaan dibanjiri dengan kecaman kerana berpihak pada zionis yang melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin.

Penyanyi itu juga mendapat tentangan yang kuat dari peminat Kpop Malaysia. Mungkin kerana tidak tahan dengan serangan orang ramai, Eric Nam dilihat secara senyap-senyap membuang Kuala Lumpur dari poster sebagai destinasi untuk konsert akan datangnya.

Kerana terus dikritik, Eric Nam akhirnya memuat naik penjelasan rasmi di akaun Twitter miliknya pada pagi ini.

 

"Hai semua, setelah peristiwa tragis pada 7 Oktober, saya “like” sebuah pos yang saya percayai menyatakan sikap menentang keganasan, kebencian, dan tiada toleransi.

"Keputusan saya untuk “like” pos tersebut adalah sebagai tindak balas terhadap berita yang menghancurkan yang saya terima ketika bangun pagi. Sepanjang hidup saya, saya selalu menyokong prinsip pro-manusia, pro-keamanan, dan mempromosikan kasih dan kesamarataan untuk semua.

"Selepas tindakan itu, saya menerima ancaman yang berkaitan dengan persembahan saya yang dijadualkan di Kuala Lumpur. Kerana berhati-hati untuk keselamatan pasukan saya dan peminat, saya terpaksa membuat keputusan sukar untuk membatalkan persembahan itu.

"Hati saya terluka untuk keluarga Palestin dan Israel yang telah dirobek oleh keganasan dan menghadapi kehilangan yang sukar diterima. Kata-kata tidak dapat diungkapkan sepenuhnya kedalaman kesakitan dan penderitaan yang ada. Namun, saya berdoa setiap hari agar kedamaian dan keselamatan tiba untuk semua sesegera mungkin." jelasnya.

Meskipun sudah memberi penjelasan, tetapi masih ramai lagi yang tidak berpuas hati dengan penjelasan itu memandangkan dia memilih untuk bersikap ‘natural’ walaupun ribuan nyawa terkorban di Palestin.

Bukan itu sahaja, kenyataan tersebut juga dikecam orang ramai kerana seolah-olah ingin memburukan Malaysia dengan menyatakan bahawa dia mendapat ugutan dari rakyat Malaysia sehingga bertindak untuk membatalkan konsert.

Eh, senang betul cakap kita ugut dia.... 

Destination: