Singapura & Hong Kong Mula Laksana 'Air Travel Bubble' Hujung Nov Ni

TERKINI
November 16, 2020 - 04:22 PM


Hong Kong dan Singapura bakal membentuk 'air travel bubble' pada akhir bulan ini yang membolehkan pelancong dari dua negara ini melancong tanpa memerlukan mereka menjalani kuarantin.

Langkah yang dijangka bermula 22 November ini adalah sebagai langkah pertama dalam usaha merangsang pelancongan ketika dunia dilanda pandemik Covid-19.

AP melaporkan, di bawah rancangan itu, pelancong dari salah satu negara mestilah menjalani ujian sebelum penerbangan mereka, semasa tiba dan sebelum kembali untuk membuktikan bahawa mereka tidak terdedah kepada koronavirus.

Pelancong juga perlu mengambil penerbangan khas yang hanya akan membawa 200 penumpang sahaja.

Pada awal perancangan, satu penerbangan sehari dicadangkan namun ia ditambah kepada dua perjalanan selepas 7 Disember 2020.

Bagaimanapun sistem itu akan ditangguh selama dua minggu serta merta sekiranya Hong Kong atau Singapura mempunyai lima kes covid-19 yang tidak dapat dikesan dalam masa tujuh hari.

Ketika ini, Hong Kong mencatatkan 5,408 ke Covid-19 dengan 108 kematian dan 5,159 daripadanya sudah pulih. Manakala Singapura mencatatkan 58,091 kes dengan 28 kematian dan 57,990 pulih.

Sumber: Mstar

Destination: