5 Rider Didakwa Membunuh Kes Ikat & Pukul Lelaki Taman Pelangi Semenyih

TRAVEL
February 27, 2024 - 12:07 PM


Lima penghantar makanan didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh dalam kejadian tular pukul dan ikat seorang lelaki di Taman Pelangi Semenyih minggu lalu.

Mereka ialah Mohd. Yuree Ranoff Mohd. Bachuri, 41, Azharul Azuan Mohd. Azan 34, Tengku Izham Tengku Hamid, 22, Mahazir Nordin, 43, dan Syamsul Qamar Ayob, 40.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya terhadap kesemua tertuduh di hadapan Majistret Nurdiyanah Mohd. Nawawi.

@mohdazizie81 Al Fatihah#alfatihah #fyp ♬ камин. - سَــامٰ .

Pengakuan tidak direkodkan kerana kes itu dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan kelima-lima tertuduh didakwa bersama-sama telah membunuh Shahril Samad, 41, di Jalan TPS 2/3, Taman Pelangi Semenyih 2, Beranang di sini pukul 9.54 malam pada 20 Februari lalu yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Liyana Mohd. Sulaiman manakala kelima-lima tertuduh diwakili Mohammad Hafiz.

Tiada ikat jamin diberikan terhadap kelima-lima tertuduh. Mahkamah kemudian menetapkan 25 April ini bagi sebutan laporan forensik, bedah siasat dan laporan kimia.

Sumber dan Kredit: Kosmo Online

Destination: