Pencipta Israel, Lord Jacob Rothschild Meninggal Dunia Pada Usia 87 Tahun

TERKINI
February 27, 2024 - 12:27 PM


Siapa yang tak kenal dengan keluarga Rothschild, salah satu penyokong kuat negara haram, Israel. Terkini, salah seorang ahli keluarga tersebut, Lord Jacob Rothschild, telah disahkan meninggal dunia.

Berdarah Yahudi Inggeris, Jacob telah meninggal dunia pada usia 87 tahun. Berita kematiannya telah disahkan oleh pihak keluarga Rothschild pada isnin, 26 feb.

"Ayah kami, Jacob, adalah individu yang sangat berpengaruh dalam kehidupan banyak orang. Dia adalah seorang pemodal yang berprestasi, seorang pejuang seni dan budaya, seorang pegawai yang setia, seorang pendukung amal yang penuh semangat di Israel dan budaya Yahudi, seorang teman, ayah, dan atuk yang sangat peduli dan sangat disayangi," kata pihak keluarga dalam sebuah pernyataan.

Jacob adalah Ketua Kewangan Yahudi Terkemuka UK. Dia juga mengetuai Empayar Keluarga Rothschild yang mempunyai kekayaan sebanyak 825 Juta USD dengan 66 Juta USD telah didermakan kepada Israel dari segi seni dan perubatan.

Jacob bermula dengan menubuhkan bank keluarga NM Rothschild & Sons pada 1963 sebelum berpisah dari keluarganya sendiri. Dia kemudiannya membuat bank J Rothschild Assurance Group sebelum ditukar nama kepada St James’s Place pada 1980.

Dia merupakan Pengerusi RIT Capital Partners iaitu antara dana amanah pelaburan terbesar di Bursa Saham London. Difahamkan, anak sulung wanitanya akan mengambil alih jawatannya.

Sebagai info, Rothschild adalah sebuah keluarga yang berasal dari Frankfurt, Jerman. Cabang keluarga tersebut telah dibesarkan apabila ada salah seorang ahli keluarga berpindah ke England pada akhir abad ke-18.

Ramai ahli keluarga Rothschild terkenal dengan sokongan kuat mereka terhadap Zionisme dan penciptaan Negara Israel. Edmond James de Rothschild contohnya, adalah penaung penempatan Yahudi tetap pertama di Palestin di Rishon-LeZion pada tahun 1882.

Beliau juga menyediakan dana untuk penubuhan Petah Tikva sebagai penempatan tetap pada tahun 1883. Pada tahun 1917, Walter Rothschild, Baron Rothschild ke-2 pula adalah seorang Pengisytiharan Balfour untuk Persekutuan Zionis, yang memberi komitmen Empayar British untuk menubuhkan sebuah rumah kebangsaan untuk orang Yahudi di Palestin.

Kira-kira 10 tempat di Israel kini dinamakan bersempena dengan nama ahli keluarga Rothschild yang menyediakan dana untuk penubuhan mereka.

 

Sumber: X & Sindo News

Destination: