"Tu Ayah Kau Man" - Waris Meraung, Ahli Keluarga Maut Dilanggar Treller

TERKINI
March 25, 2024 - 04:26 PM


Suasana pilu menyelubungi satu lokasi kemalangan maut di hadapan sebuah kilang kaca dekat Jasin di sini. Seorang wanita dipercayai waris mangsa meraung melepaskan rasa kecewa terhadap pemandu treler yang terlibat dalam nahas berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.25 pagi itu, mangsa, Ahmad Johari Mohamad Nin, 48, yang memandu kereta jenis Proton Wira disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Suasana hiba itu turut tular dalam satu klip video berdurasi 44 saat yang rakamkan orang ramai di lokasi, pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku selepas kereta dipandu si mati gagal mengelak treler berkenaan yang menuju ke simpang keluar menghala ke Lipat Kajang.

“Treler yang dipandu lelaki berusia 60 tahun itu datang dari dari arah kilang kaca menuju ke jalan besar simpang keluar menghala ke Lipat Kajang.

“Setiba di lokasi kereta dipandu si mati dari arah bertentangan bagaimanapun gagal mengelak treler yang sedang keluar simpang menyebabkannya terperosok di bawah kenderaan berat itu,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, akibat kemalangan itu, mangsa yang bekerja sebagai pemandu bas mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Destination: