Warga Yogyakarta Solat Tarawih Dan Berpuasa Bermula Dari Semalam

TERKINI
March 08, 2024 - 11:23 AM


Seperti sedia maklum, majoriti umat islam bakal berpuasa dalam 3 atau 4 hari lagi. Namun, jemaah di Masjid Aolia Daerah Panggang, Gunungkidul, Yogyakarta sudah mula menunaikan solat Tarawih pada Rabu lalu (6 Mac), secara tidak langsung tarikh 1 Ramadan bagi mereka bermula semalam (Khamis).

@gunungkidulaja Jamaah Masjid Aolia, Panggang, Gunungkidul sudah mulai melaksanakan Sholat Tarawih pada malam ini, Rabu(6/3/24). Para jamaah mulai mengawali puasa besok (7/3/24) lur. #gunungkidul #gunungkidulaja #beritainaja #jogja #fyp #ramadhan2024 ♬ Ramadan Kareem - Megan Yagami

Isu ini hangat diperkatakan dan sedang tular beberapa video perkongsian jemaah masjid berkenaan menunaikan solat Tarawih dimuat naik di platform TikTok.

Imamnya, KH Ibnu Hajar Sholeh Pranolo atau Mbah Benu berkata, solat Tarawih yang dilakukan oleh jemaah di masjid berkenaan sama dengan solat Tarawih yang dilakukan di lokasi lain.

“Semua sama dengan saya, saya imamnya, masing-masing ada imam, wakilnya saya.

“(Solat Tarawih) saya dengan witirnya itu 23 (rakaat). Sebaiknya saling hormat menghormati. Sebab ini masalah keyakinan," sambungnya.

Selain itu, sejumlah jemaah juga turut mengadakan solat Tarawih di masjid sekitar 20 meter dari rumah Mbah Benu.

Menurut KompasTV, Ketua Pejabat Wilayah Kementerian Agama (Kanwil Kemenag) Gunungkidul, Sa'ban Nuroni pernah berkata, pihaknya akan terus memudahkan jemaah Aolia walaupun terdapat perbezaan pendapat.

“Kami mengajak orang ramai untuk menunaikan solat sunat hari raya mengikut hari yang diyakininya,” kata Sa’ba, dipetik dari Tribun Jogja.

Dia juga berharap umat Islam lain menghargai dan menghormati apa yang dilakukan oleh jemaah Aolia. Kerana mereka memahami perbezaan ini.

Destination: