RM 50 Baucar Penerbangan Tunai Percuma Untuk Anda!

November 17, 2021 - 05:43 PM


Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi agensinya Tourism Malaysia melancarkan kempen Stimulus Cuti-Cuti Malaysia untuk laluan penerbangan domestik di seluruh negara.

Inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) itu adalah dengan kerjasama syarikat penerbangan, Malindo Air dan Firefly yang menawarkan baucar diskaun pembelian tiket penerbangan kepada semua warganegara Malaysia.

Setiap warganegara Malaysia layak untuk memohon dan menerima tawaran baucar diskaun tiket penerbangan sehingga RM50.

Pemberian baucar diskaun tersebut adalah bagi penerbangan sehala atau dua hala, kelas ekonomi atau perniagaan.

Pengguna boleh membuat tempahan tiket melalui laman sesawang rasmi Malindo Air di www.malindoair.com dan terhad kepada 6,000 pengguna terawal sahaja.

Tempahan baucar diskaun boleh dibuat bermula hari ini hingga 31 Disember 2021 dalam tempoh perjalanan yang bermula hari ini sehingga 31 Mac 2022.

Sumber: Astro Awani

Destination: