7 Tips Untuk Hilangkan Bau Busuk Si Bulus Dalam Rumah

GAYA HIDUP
March 01, 2024 - 02:58 PM


Untuk mereka yang memelihara haiwan comel iaitu kucing, pastinya sedar akan bau haiwan tersebut. Sama seperti manusia, haiwan ini juga meninggalkan bau mereka terutamanya di kawasan yang gemar diduduki oleh kucing seperti kotak, sofa dan tilam.

Bau kucing yang tidak menyenangkan itu boleh menganggu fokus sekali gus membuat pemilik berasa tidak selesa dan stress.

Bagi yang memelihara kucing, jangan risau kerana ada 7 tips yang boleh diaplikasikan untuk hilangkan bau busuk kucing. 7 tips tersebut adalah:

1. Bersihkan Kotak Najis 

Tempat pertama yang berbau pastinya kotak najis si comel. Ini kerana, kotak najis merupakan tempat si bulus untuk membuang air kecil dan air besar.

Oleh itu, 'bibik' kucing digalakkan membersihkan tempat atau kotak ini secara berkala agar mencegah bau yang kurang menyenangkan.

2. Bersihkan Tempat Tidur

Tempat tidur kucing juga perlu diperhatikan kerana ia menjadi tempat yang sering dikunjungi oleh mereka. Disebabkan itu, ia cepat menghasilkan bau busuk.

Jadi, bagi menghilangkan bau busuk, anda digalakkan cuci alas tidur kucing atau perabot disekeliling kerana baunya mudah meresap.

3. Menjaga Kebersihan Kucing 

Walaupun kucing mampu membersihkan diri sendiri, pembersihan dari pemilik juga perlu dititik beratkan lagi-lagi bab memandikan kucing.

Bagi mereka yang memiliki kucing yang berbulu panjang dan lebat, kucing tersebut perlu dibersihkan setiap hari manakala kucing berbulu pendek dicadangkan untuk pembersihan seminggu sekali.

4. Kerap Bersihkan Rumah

Bagi memastikan rumah anda bebas bau kucing, anda perlu sentiasa membersihkan setiap bahagian rumah. Ini kerana terdapat bulu-bulu kucing yang bertebaran di ruang rumah sehingga melekat dipermukaan perabot rumah seperti sofa.

Oleh itu, ruang rumah perlu dibersihkan secara rutin agar bau haiwan peliharaan tidak melekat pada perabot dan barang-barang di rumah.

5. Gunakan Cuka  

Seperti yang semua tahu, bau air kencing kucing sangatlah busuk dan mudah dihidu di seluruh rumah. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, anda boleh cuba gunakan cuka.

Caranya, campurkan air dengan cuka dalam sukatan yang sama ke dalam bekas penyembur. Kemudian, semburkan pada kawasan yang terkena air kencing kucing dan biarkan ia selama 15 hingga 30 minit. Setelah itu, jemur tempat yang terkena air kencing itu.

6. Gunakan Serbuk Penaik (Baking Soda)

Selain cuka, serbuk penaik boleh mengatasi bau kucing pada kawasan karpet dan kain pelapik di rumah.

Caranya, taburkan bahan ini di kawasan yang terkena najis atau kencing kucing selama 15 hingga 30 minit sebelum membersihkannya. Anda juga boleh menggunakan vakum. Setelah itu, vakum tempat tesebut seperti biasa.

7. Peluntur

Selain cuka dan serbuk penaik, peluntur juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau kencing si bulus.

Caranya, campurkan peluntur dengan air ke dalam bekas penyembur dan semburkan di kawasan yang terkena kencing atau bau haiwan ini. Untuk lebih wangi, anda boleh juga campurkan dengan sabun pencuci.

Inilah 7 tips yang boleh anda ikuti, selamat mencuba!

 

Kredit: Siakap Keli

Destination: