Harga Barangan & Perkhidmatan Dijangka Mencanak Selepas Kerajaan Naikkan Cukai Serta Tarif Utiliti

GAYA HIDUP
March 01, 2024 - 01:41 PM


Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan keseluruhan secara beransur-ansur dijangka berlaku pada separuh pertama 2024 (1HCY24) antaranya disebabkan kenaikan tarif utiliti seperti air dan elektrik di samping perubahan kepada dasar percukaian negara.

MIDF Research berkata, ini melibatkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dinaikkan pada kadar lebih tinggi kepada 8.0% kecuali untuk makanan & minuman dan telekomunikasi bermula hari ini di samping pelaksanaan 10% cukai barang bernilai rendah (LVGT).

"Pada separuh kedua 2024 pula, kami berpendapat bahawa kemungkinan pelancaran subsidi bersasar bahan api yang mungkin menyaksikan harga runcit bahan api yang lebih tinggi," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Kata MIDF Research, inZasi sebelum ini secara berterusan mereda antara lain disebabkan normalisasi dalam harga komoditi global dan dasar [skal yang menyokong hal ini dengan inZasi teras juga menyederhana kepada 1.8% (YoY).

Justeru, [rma penyelidikan itu percaya kadar inZasi yang rendah ini akan mendorong Bank Negara Malaysia mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) sepanjang tahun ini.

Pada masa sama, MIDF Research berkata, dalam mengunjurkan pertumbuhan, pihaknya memantau dengan teliti perkembangan semasa dengan peringkat domestik adalah mengenai kesan perubahan dasar kerajaan terhadap prospek harga domestik.

Kata [rma penyelidikan itu, jika ini berlaku akan menjejaskan kuasa beli pengguna dan kos menjalankan perniagaan serta keseluruhan aktiviti perbelanjaan domestik.

Bagi pertumbuhan keseluruhan, [rma penyelidikan itu kekal menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang lebih kukuh kepada 4.7% pada 2024 berbanding 3.7% tahun lalu.