Kuntilanak 2 Bakal Menghantui Pawagam Malaysia Minggu Hadapan!
GAYA HIDUPFilem seram Indonesia, Kuntilanak mencatat kutipan Box Office sebanyak RM1.3 juta di Malaysia ketika tayangannya Jun tahun lalu.
Minggu hadapan, sekuel filem berkenaan; Kuntilanak 2 bakal ‘menghantui’ pawagam-pawagam di Malaysia bermula 25 Julai 2019.

Diarahkan oleh Rizal Mantovani, Kuntilanak 2 membariskan pelakon seperti Sandrinna Michelle, Andryan Bima, Ali Fikry dan ramai lagi.
Berkisah tentang Karmila ( Karina Suwandhi), yang datang ke rumah Donna dan mengaku sebagai ibu kandung Dinda (Sandrinna Michelle) dan mahukan Dinda untuk melawatnya di rumah yang terletak di dalam hutan tersebut.
.jpg?itok=wFGuYxnY)
Walaupun tidak dipersetujui oleh Donna, Dinda tetap berkeras untuk menemui ibu kandungnya ini. Dinda ke rumah Donna dengan beberapa orang sahabatnya untuk bertemu Karmila.
.jpg?itok=7CYpI69M)
Nak dijadikan cerita, setibanya di rumah berkenaan, mereka sedar yang mereka telah tiba di ‘dunia’ Kuntilanak dan perlu meninggalkan tempat yang angker tersebut.
.jpg?itok=OAHufRbF)
Nak tahu pengakhirannya, sama-sama kita saksikan Kuntilanak 2 yang bakal masuk ke pawagam-pawagam di Malaysia pada 25 Julai nanti.
[ Menangi 2 Tiket Ke Tayangan Perdana Kuntilanak 2 ]

Rileklah dan TGV Pictures sekali lagi bergabung untuk memberikan sepasang tiket ke tayangan perdana filem Kuntilanak 2 kepada semua pembaca. Kami mencari 20 orang pembaca bertuah untuk ke tayangan perdana seperti yang tertera di bawah :
Lokasi : TGV Cinema, 1 Utama
Tarikh : 22 Julai 2019, Isnin
Masa : 9 Malam
Seperti biasa; kami perlukan korang untuk mengisi borang yang disediakan di bawah :
Mudah je kan? Kami akan hubungi pemenang pada hari Isnin seawal jam 9 pagi melalui Facebook.
Sementara tu, kita tengok trailer dulu lah =D
