Malaysia Negara Ke-25 Paling Banyak Billionair Di Dunia Pada Tahun 2024

GAYA HIDUP
May 03, 2024 - 03:30 PM


Malaysia mungkin bukan sebuah negara yang kaya atau mempunyai ekonomi yang besar, namun Malaysia sebenarnya mempunyai ramai bilionair yang menerajui ekonomi negara di dalam pelbagai bidang.

Kekayaan itu merangkumi pelbagai aset daripada hartanah, wang tunai, memiliki perniagaan dan juga harta peribadi. Siapa sangka, Malaysia berjaya menduduki tempat ke-25 di dunia yang mempunyai bilionair terbanyak mengikut negara pada tahun 2024.

Menurut sumber, Malaysia menduduki tempat ke-25 dengan jumlah keseluruhan individu bergelar bilionair adalah sebanyak 18 orang dan diikuti Filipina dengan 16 bilionair dengan menduduki tangga ke-26 di dalam carta. 

Manakala, negara jiran iaitu Singapura pula berada di hadapan di tangga ke-17 dengan jumlah bilionair sebanyak 39 orang dan diikuti Indonesia di belakang pada tangga ke-20 dengan 35 bilionair di negara itu 

Dalam senarai tersebut, China berjaya mendahului semua negara di benua Asia dengan memperolehi kedudukan ke-2 di dalam senarai dimana mereka memiliki 406 bilionair dengan nilai kekayaan keseluruhan mencecah $1.3 trilion.

Amerika Syarikat mendahului di dunia dalam bilangan bilionair terbanyak dengan 813 orang yang secara kolektif memegang $5.7 trilion, sekaligus mencipta rekod baru. 

Selain itu, Forbes juga ada berkongsi senarai bilionair terkaya di Malaysia untuk tahun 2024.

  1. Tan Sri Robert Kuok
  2. Tan Sri Quek Leng Chan
  3. Adik beradik Teh
  4. Lee Yeow Chor & Yeow Seng
  5. Koon Poh Keong & adik-beradik
  6. Ananda Krishnan
  7. Francis Yeoh & adik beradik
  8. Jeffrey Cheah
  9. Lim Kok Thay
  10. Chia Song Kun & keluarga

 

Sumber: Forbes & Ranking Royal

Destination: