Selepas Karipap, Pisang Goreng Pula Buat Kanak-Kanak Di Jepun Nak Datang Ke Malaysia

GAYA HIDUP
February 29, 2024 - 02:56 PM


Seperti yang semua maklum, penerimaan animasi tempatan Mechamato di Jepun telah memperkenalkan budaya Malaysia ke rakyat negara tersebut. Kesannya, kuih tradisional iaitu karipap menjadi perhatian segelintir penonton Jepun terutama kanak-kanak selepas melihat MechaBots menikmati juadah berkenaan.

Kini, selepas kuih karipap, pisang goreng pula yang mendapat perhatian kanak-kanak di sana. Ini kerana seorang individu dari Malaysia yang berkerja sebagai koordinator hubungan antarabangsa di Jepun telah berkongsi cara menyediakan kuih tradisional iaitu pisang goreng untuk pelajar sekolah rendah di Hioki City.

Berdasarkan satu video yang dimuatnaik di TikTok, individu berkenaan datang ke sebuah sekolah rendah untuk mengajar cara menyediakan pisang goreng kepada para pelajar.

@tinggai.kat.jepun Ajar anak-anak Jepun buat Pisang Goreng #Japan #Hioki #Malaysia ♬ original sound - Tinggal Kat Jepun

Selepas turut sama menyediakan bahan dan memula memasak pisang goreng, kanak-kanak tersebut mencuba pisang goreng dan hasilnya, ramai yang suka sehingga ada yang mahu datang ke Malaysia.

Menjengah ke ruang komen, ramai netizen Malaysia yang gembira dengan reaksi kanak-kanak di sana dan ada yang meminta lelaki itu untuk mengajar lebih banyak resepi tempatan sebagai pendedahan.

 

Sumber: TikTok & The Vocket

Destination: