"Lepas Subuh Di Masjid, Sambung Goyang Di Gereja" - Alif Satar Dikecam Kerana Buat Konsert Di Gereja London

HIBURAN
May 02, 2024 - 11:02 AM


Penyanyi dan pengacara terkenal, Alif Satar sering mendapat pujian ramai kerana menjadi salah satu artis yang mengajak orang ramai untuk melakukan kebaikan seperti kempen 'Subuh Macam Jumaat'. Namun, empunya badan baru-baru ini dikecam ramai ekoran lokasi konsertnya di London. 

Pada 28 April lalu, telah berlangsungnya showcase Alif Satar & The Locos di St John’s, Hyde Park, London. Bagaimanapun, pemilihan tempat St John’s iaitu sebuah gereja sebagai lokasi persembahan telah menyebabkan Alif dan kumpulannya dikecam ramai. 

Seorang pengguna di Facebook telah memuat naik satu hantaran yang mengecam tindakan Alif Satar dengan menyatakan pemilihan lokasi tersebut seolah-oleh mempersendakan agama. 

"Lepas dia dah layan program solat subuh macam Jumaat dekat masjid, dia sambung layan program goyang macam disko dekat gereja pulak," katanya. 

Kenyataan tersebut telah menarik perhatian ramai sekali gus membuka jalan kecaman dengan sebahagian netizen mengecam tindakan Alif, manakala sebahagian lagi mempersoal produksi beliau yang memilih lokasi gereja sebagai lokasi konsert. 

Namun begitu, seorang individu yang dipercayai rakan kepada Alif tampil menjelaskan tentang pemilihan lokasi persembahan tersebut. 

Di Instagram miliknya, Zaidan Zainuddin berkata bahawa orang kita cepat melatah tanpa membuat kaji selidik. Menurutnya, dewan berkenaan sering disewakan untuk pelbagai majlis. Zaidan juga percaya Alif takkan mengambil mudah dalam memilih lokasi persembahannya. 

“Orang kita cepat melatah, Isu alif buat concert kat gereja. Hangpa tau dak gereja yg event organizer sewa ni adalah Community center/event space yang memang untuk disewakan,” katanya.

Sementara itu, Alif juga dilihat mengulang siar (repost) hantaran berkenaan di IG miliknya dan berterima kasih kepada sahabatnya itu. 

 

Sumber: Facebook & Instagram

Destination: