Gempaklah! 'River Of Life' KL Tersenarai Antara 10 Waterfront Terbaik Dunia
TRAVELSiapa sangka projek pemulihan sungai bandar yang pada awalnya untuk mengubah wajah dan imej tebing Sungai Klang di tengah-tengah ibu kota, berjaya meletakkan Malaysia tersenarai sebagai 10 waterfront terbaik dunia oleh sebuah portal berita United Kingdom iaitu Independent.
Projek Sungai Nadi Kehidupan atau River of Life (RoL) berhasil mengangkat status Kuala Lumpur setaraf dengan bandar raya terkemuka seperti Tokyo, Berlin, Florida dan New York yang mempunyai waterfront indah serta menjadi tarikan pelancongan negara berkenaan.
Terkenal dengan jolokan ‘Kolam Biru’, RoL memberi peluang kepada pengunjung dalam dan luar negara menikmati pemandangan menakjubkan dengan pertukaran air sungai berwarna coklat pada waktu pagi serta berwarna biru pada waktu malam ditambah efek kabus dengan penggunaan teknologi baharu.
Ia juga sangat sesuai dijadikan port lepak dan bersantai bersama keluarga serta rakan-rakan terutama pada waktu malam kerana turut dilengkapi dengan deretan kafe tepi sungai, air pancut berteknologi tinggi dan laluan basikal.
Projek RoL yang mula dilaksanakan pada 2011 terbahagi kepada tiga fasa, iaitu pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pengkomersialan serta pelancongan.
Reka bentuk modennya dengan di sekeliling dihiasi tanaman landskap yang indah dan terjaga rapi, tak hairanlah RoL mampu muncul antara waterfront terbaik di dunia.

Berikut nama-nama waterfront terbaik yang turut tersenarai:-
Shibuya Stream, Tokyo, Jepun

Holzmarkt, Berlin, Jerman

Tampa Riverwalk, Florida, Amerika Syarikat

Seaport District, New York, Amerika Syarikat

Elizabeth Quay, Perth, Australia

Clarke Quay, Singapura

Charoen Krung, Bangkok, Thailand

Sugar Beach, Toronto, Kanada

Victoria Dockside, Hong Kong

Sumber: Independent
