Domino's Boxku Surprise Trak, Janjikan Kegembiraan Dalam Sebuah Kotak!

FOODIE
August 17, 2023 - 05:47 PM


Ketika anda bersiar-siar di ibu kota, ada tak perasan satu trak yang agak ganjil? Trak yang berwarna putih, biru dan merah yang sentiasa dikerumuni pelangggan! Itulah trak Boxku Surprise Truck dari Domino's Pizza kesayangan ramai rakyat Malaysia!

Boxku Surprise Truck bakal menawarkan set hidangan Boxku yang terdiri daripada piza dan juga hidangan sampingan yang cukup sempurna untuk dinikmati seorang mahupun pasangan! Tapi kalau nak beli untuk keluarga pun apa salahnya betul tak? Lagi seronok bila makan beramai-ramai.

Harga set hidangan BoxKu bermula dari RM10.90, terdiri daripada pelbagai pilihan yang boleh anda pilih. Antaranya Garlic Twisty Breat atau Mini Cheesdots. Nak lagi puas hati anda boleh tambah RM4 untuk Potato Wedges atau Garlic Cheese Onion Rings. Dahaga? Anda boleh dapatkan minuman pada harga RM2! Memang berbaloi.

Bukan itu sahaja, istimewanya Boxku Surprise Truck, anda juga bakal berpeluang untuk memenangi barangan edisi khas yang sangat terhad!

Cara nak menang barangan edisi khas pun menarik tau, anda perlu bermain permainan gacha gergasi yang ada pada Boxku Surprise Truck! Menarik kan? Sebelum itu, anda hanya perlu berbelanja RM30 dan ke atas untuk bermain! Antara barangan edisi terhad yang menanti anda adalah beg silang Boxku, bucket hat, tumbler, BoxKu T-shirt, key-chain dan juga Boxku swimming kickboard!

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk nikmati kegembiraan bersama insan tersayang pada hujung minggu nanti dengan serbu setiap lokasi Domino’s BoxKu Surprise Truck yang bakal berada di sekitar Kuala Lumpur pada bulan Ogos ini. 

Hari dan Waktu Operasi:

  • Setiap hujung minggu pada bulan Ogos,
  • Mula dari 11.30am – 9.30pm

Lokasi Domino’s BoxKu Surprise Truck

Ogos 19, Sabtu: Plaza Low Yat entrance

Ogos 20, Ahad: Plaza Low Yat entrance

Ogos 25, Jumaat: Tasik Titiwangsa

Ogos 26, Sabtu : Tasik Ampang Hilir

Ogos 27, Ahad: Tasik Kepong Layang-Layang

 

 

Destination: