Bakal Mansuhkan Kaunter 'Check-In', Air Asia Syor Pelanggan Guna Aplikasi Online!

TERKINI
March 01, 2022 - 11:33 AM


Bermula 1 April nanti, AirAsia akan mengehadkan kaunter perkhidmatan daftar masuk di semua lapangan terbang di seluruh Malaysia bagi memudahkan proses 'self check-in' melalui laman web dan aplikasi mobile ‘Super App’.

Tiada yuran daftar akan dikenakan mulai 1 April 2022 kerana hanya pelanggan yang layak mengikut beberapa kategori sahaja akan dibenar menggunakan kaunter perkhidmatan daftar masuk sewaktu pemansuhan kaunter berkenaan secara beransur-ansur.

Antara pelanggan-pelanggan yang boleh menerima ‘keistimewaan’ tersebut ialah golongan warga emas berusia 70 tahun dan ke atas, tempahan berkumpulan seramai 10 orang dan lebih, penumpang berusia berumur 12-16 tahun yang melancong bersendirian, serta penumpang terjejas oleh perubahan jadual dan pembatalan penerbangan.

Untuk malumat lebih lanjut mengenai kategori-kategori penumpang dibenarkan menggunakan kaunter perkhidmatan daftar masuk berkenaan bermula 1 April akan datang melalui link ini.

Sumber dan Kredit: The Vocket

Destination: