Dine-In Hanya Dibenarkan Untuk Mereka Yang Lengkap Vaksinasi, Biarpun Sudah Memasuki Fasa 3
TERKINIAntara SOP Fasa 3 yang menjadi persoalan netizen adalah kebenaran untuk dine in di restoran atau kedai makan kerana pada SOP yang telah diberikan sebelum ini jelas menyatakan kebenaran untuk dine in terbuka untuk semua orang biarpun mereka yang tidak atau masih belum divaksin.
Ramai netizen yang risau akan risiko bakal mereka hadapi disebabkan SOP tersebut dan meminta menteri kesihatan Khairy Jamaluddin untuk memberi penjelasan.
Oleh itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini tampil memperjelaskan mengenai persoalan ini.
Keperluan vaksinasi lengkap untuk dine-in KEKAL bagi semua fasa pemulihan. Peraturan yang dikeluar oleh @MKNJPM tidak dikemaskini. Dine-in privileges for all recovery phases only for those fully vaccinated. Kenyataan rasmi akan menyusuli.
— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) October 1, 2021
Kata beliau, peraturan makan di premis masih kekal untuk mereka yang mempunyai vaksin penuh, jelasnya lagi peraturan yang dikeluarkan oleh MKN itu tidak dikemaskini.
Tambahnya kenyataan rasmi akan menyusul dalam masa terdekat. Namun begitu, Khairy Jamaluddin telah menegaskan ianya kekal kepada mereka yang sudah mendapat vaksinasi penuh menerusi laman Twitter rasmi miliknya sejam lepas (sepanjang tempoh artikel ini ditulis.)
