Tips Terbang Terus Ke Yangon Bersama AirAsia!
TERKINIAda berita baik untuk korang yang rindukan Yangon, Myanmar! .
Korang dah boleh mula merancang perjalanan ke Myanmar kerana AirAsia sudah menyambung penerbangan ke Yangon selepas dua tahun ia ditamatkan.

Tetamu yang ingin melakukan perjalanan ke Kuala Lumpur boleh menempah penerbangan mereka dari Yangon dari AS$79 sehala untuk tempoh perjalanan antara 1 Julai dan 8 Disember 2022 untuk tempahan penerbangan mulai sekarang sehingga 12 Jun 2022.

Namun, berikut adalah beberapa terma dan syarat yang perlu dipatuhi:
1. Untuk kemasukan ke Myanmar, hanya pengembara yang telah lengkap divaksinasi sahaja dibenarkan untuk menaiki penerbangan komersial yang telah dijadualkan.
2. Para pengembara juga dikehendaki untuk melakukan saringan Covid-19 sebelum berlepas dan selepas ketibaan dan mengisi Borang Deklarasi Kesihatan semasa ketibaan.
3. Jika keputusan ujian adalah negatif, para pengembara dibenarkan untuk meneruskan aktiviti mereka di negara itu tanpa kuarantin.
4. Semua pengembara (kecuali warga Myanmar) diwajibkan untuk memiliki insurans Covid-19 daripada Myanmar Insurance.
Selain Myanmar, AirAsia telah menyambung semula perkhidmatan penerbangan antarabangsanya dari Kuala Lumpur ke rantau Asia serta merentasi Asean, termasuklah ke Kemboja, India, Thailand dan banyak lagi.
