Nak Tukar Peranti Elektronik Baru? Dapatkan Diskaun Sehingga 90% Sempena Grand Opening TMT Megastore IOI City Mall!

PILIHAN EDITOR
July 26, 2023 - 07:42 PM


Ada berita baik buat anda yang sedang mencari barangan atau peranti elektronik baharu dengan harga murah yang tak masuk akal! Sempena dengan pembukaan Thunder Match Technology Sdn Bhd (TMT) Megastore, IOI City Mall, Putrajaya mereka bakal menawarkan potongan harga sehingga 90%!

TMT yang sudah beroperasi sejak 1997 bakal merasmikan cawangan megastore terbaharu mereka pada 28 Julai ini di IOI City Mall! Terdapat pelbagai pilihan jenama telefon pintar terkenal pada tanda harga yang sangat berbaloi antaranya seperti Apple, Samsung, Oppo, Huawei dan lain-lain.

Anda juga boleh walk-in untuk nikmati Promosi Star Buy di mana anda bakal nikmati potongan harga sehingga 90%! Promosi Star Buy hanya akan berlangsung pada hari pertama iaitu 28 Julai. Promosi bermula 12 tengah hari hingga 10 malam. Apa istimewanya Star Buy ni? Anda boleh membeli satu peranti eksklusif pada harga istimewa sementara stok masih ada.

Antara senarai produk yang tersedia pada harga istimewa untuk promosi Star Buy:

  1. Samsung Galaxy Z Fold 4 pada harga RM 3,499 (Jimat RM3,300)
  2. Samsung Galaxy Z Flip 4 pada harga RM 2,499  (Jimat RM1,900)
  3. Apple Iphone 12 128GB pada harga RM2,499 (Jimat RM950)
  4. Huawei Mate 50 Pro pada harga RM 2,999 (Jimat RM1,900)
  5. Huawei P60 Pro pada harga RM2,499 (Jimat RM2,200)
  6. OPPO Find X5 Pro pada harga RM2,499 (Jimat RM1,500)
  7. Nothing Phone 1 pada harga RM1,785 (Jimat RM214)
  8. Samsung Galaxy S23 128GB  pada harga RM3,300 (Jimat RM599)
  9. Samsung Galaxy S22 256GB pada harga RM2,420 (Jimat RM1,479)
  10. Apple Ipad Pro 5th Gen 12.9” pada harga RM2,910 (Jimat RM1,889)
  11. Apple Iphone 14 Pro Max 256GB pada harga RM 5,277 (Jimat RM1,022)
  12. Apple Macbook Air M1 256GB pada harga RM3,400 (Jimat RM999)

Berikut adalah antara senarai produk eksklusif yang anda boleh dapatkan sempena promosi Star Buy! Ada banyak lagi produk lain seperti aksesori mahupun gajet untuk promosi Star Buy sebenarnya! Nak tahu lebih lanjut anda kena datang ke TMT Megastore IOI City Mall!

TMT Megastore IOI City Mall bukan sahaja menampilkan barisan telefon pintar, mereka juga menawarkan pelbagai jenis barangan elektronik termasuk komputer riba. Inilah peluang anda untuk dapatkan komputer riba dari jenama seperti Acer, Asus, MSI dan banyak lagi. Komputer riba ‘gaming’ pun ada tau! 

Bosan dengan monitor yang anda ada sekarang? Nak monitor yang terkini? TMT Megastore IOI City Mall ada pelbagai pilihan! Antaranya dari jenama MSI, Asus, Samsung dan bermacam lagi! Tidak cukup dengan itu, ada banyak sangat pilihan untuk aksesori elektronik seperti headphone, speaker, keyboard dan juga mesin pencetak! 

Tidak cukup dengan itu, ada tawaran yang lagi best dan istimewa untuk anda selain dari promosi yang berlangsung selama 3 hari bermula dari 28 hingga 30 Julai!

 

 

Pada hari pembukaan juga anda berpeluang untuk membawa pulang beberapa barangan percuma! Anda hanya perlu imbas kod QR yang ada dan isi borang yang tertera. TMT betul-betul belanja anda! Jika korang inginkan semua barangan dengan tawaran yang cukup berbaloi ini, datang awal dan rebut peluang yang terhad ini.

Anda juga mungkin memenangi barangan bernilai daripada TMT dengan menyertai peraduan “Like, Comment & Win” yang bermula pada 18 hingga 30 Julai. Cara penyertaan cukup mudah, anda perlu like halaman TMT di Facebook atau Instagram, komen 3 rakan anda berserta hashtag. 5 pemenang dari Facebook dan Instagram juga akan bakal diumumkan pada 8 Ogos nanti.

Jadi tunggu apa lagi? Jom bawa isteri, keluarga, dan kawan-kawan serbu dan berbelanja di TMT Megastore IOI City Mall pada 28 Julai nanti!

*Tertakluk pada terma & syarat.

 

 

Destination: