Piala Asia B-23: Harimau Muda Pulang Tanpa Sebarang Mata

SUKAN
April 24, 2024 - 11:09 AM


Kempen yang teruk bagi skuad bola sepak Malaysia bawah 23 tahun apabila menyaksikan skuad negara terpaksa pulang ke tanah air dengan tangan kosong apabila meraih gagal sebarang mata dalam perlawanan Kumpulan D selepas tewas tewas 1-2 kepada Kuwait di Stadium Al Janoub.

Dalam aksi terakhir Kumpulan D malam tadi, Luqman Hakim nyaris meletakkan Malaysia di depan pada minit ke 15 namun jaringan beliau dibatalkan kerana didapati berada dalam kedudukan ‘offside’. 

Nasib buruk menimpa apabila skuad kendalian Juan Torres Garido itu terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain selepas penjaga gol, Sik Izhan meluru keluar dari kawasan kotak penalti lalu menerjah pemain lawan sekaligus dilayangkan kad merah.

Pada minit ke 45, Kuwait dihadiahkan sepakan penalti hasil penelitian VAR, selepas Umar Hakeem mengasari pemain lawan menjadikan kedudukan 1-0 memihak kepada Kuwait sehingga tamat separuh masa pertama.

Untuk rekod, ini adalah kali ketiga skuad negara memberikan sepakan penalti kepada pihak lawan dalam kempen Piala Asia B-23 di Qatar.

Memasuki babak kedua, Malaysia bermula dengan garang apabila melancarkan percubaan berbahaya ke benteng pertahanan lawan. Namun, ketika skuad negara sedang asyik menyerang, Kuwait melakukan serangan balas lalu disudahkan dengan gol kedua hasil tandukan Talal Al Qaisi pada minit ke 60. 

Jaringan untuk Malaysia hadir apabila Haqimi Azim merembat masuk bola hantaran jarak jauh Nooa Laine untuk gol pertama Malaysia pada minit ke 63. Keputusan 1-2 kekal sehingga tamat perlawanan. 

Impian Malaysia melangkah ke separuh akhir dalam usaha merebut slot Olimpik Paris 2024 juga telah musnah selepas berada di kedudukan terakhir dalam kumpulan D.

 

Kredit: FAM & Astro Arena

Destination: