Kes Faisal Halim Disimbah Asid, Seorang Lelaki 30-an Ditahan Polis

TERKINI
May 07, 2024 - 12:48 PM


Polis menahan seorang lagi lelaki yang dipercayai terbabit dalam insiden simbah asid terhadap bintang Selangor FC dan pemain kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pusat beli-belah di Damansara, di sini, semalam.

Menurut sumber, suspek berusia 30-an. Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Petaling Jaya, pagi ini bagi membantu siasatan. Suspek yang ditahan di Bandar Baru Bangi ini direman 5 hari sehingga Sabtu ini.

Sebelum ini seorang lelaki telah ditahan disyaki terbabit dalam kejadian serangan terhadap pemain bola sepak negara itu ditahan di Pandan Indah, di sini Suspek yang ditahan semalam dibebaskan kerana tiada kaitan dengan kes itu. Bagaimanapun lelaki usia 20-an itu ditahan semula bagi kes positif dadah-CPO Selangor

Siasatan dapati nombor plat motosikal digunakan pelaku(suspek sebenar) dalam kes ini, sama dengan nombor plat motosikal milik lelaki yang ditahan, kelmarin.

Faisal yang alami melecur tahap 4 kini berada di ICU untuk pemantauan. Dilaporkan percakapan pemain kebangsaan itu terbatas akibat kecederaan dialami.

Destination: