Kesemua Harga Hotel di Malaysia Naik 30% Bermula 1 Mac 2024?

TRAVEL
February 13, 2024 - 11:29 AM


Walaupun harga hotel di Malaysia antara yang terendah namun dengan nilai matawang ringgit kita yang turun tak naik-naik pastinya bakal membebankan rakyat Malaysia untuk bercuti. Tambahan pula mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai sudah tentu akan berkira untuk bercuti dalam negara. 

Kenaikan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kepada lapan peratus berkuat kuasa pada 1 Mac ini berisiko memberi impak negatif terhadap industri pelancongan negara susulan kadar penginapan hotel yang dijangka meningkat antara 10 hingga 30 peratus.

** Purata harga bilik standard hotel di Kuala Lumpur

Taraf Harga Harga jika hotel bermalam naik 30%

1 bintang RM62 RM80

2 bintang RM80 RM104

3 bintang RM260 RM338

4 bintang RM430 RM559

5 bintang RM 520 RM676

Dengan kenaikkan harga hotel ini bagaikan menggalakkan lagi rakyat Malaysia untuk bercuti ke negera jiran. 

Harga penginapan yang jauh lebih murah menjadi alasan mengapa orang ramai lebih memilih bercuti di Thailand berbanding dalam negara selain beberapa faktor lain yang disifatkan lebih menjimatkan.

Justeru, perkembangan ini dikhuatiri menggagalkan salah satu usaha 'memujuk' rakyat Malaysia untuk menikmati pelancongan yang lebih berbaloi dalam negara sendiri.

Sumber: Sinar Harian