9 Senarai Tempat Menarik, Aktiviti Dan Hotel Terbaik Di Perlis 2024

TRAVEL
January 30, 2024 - 11:03 AM


Perlis dah tak sama macam dulu. Kalau ke Perlis lima enam tahun lepas mungkin pandangan Perlis tak ada apa itu betul. Tetapi sejak berakhirnya pendamik negeri Perlis antara negeri yang paling cepat recover terutama dalam sektor pelancongan. Pelbagai tempat baharu yang unik, tempat makan makanan tempatan yang sedap, kafe-kafe hipster yang bukan sahaja gah dari segi rupa sahaja malah rasa pun boleh puji muncul bak cendawan tumbuh. 

Tak hairanlah jika datang Perlis kedai makan dia sentiasa penuh. Kini Perlis bukan lagi sekadar destinasi singah untuk ke Pulau Langkawi atau keluar ke sempadan Thailand sahaja. Perlis lebih dari itu. Kalau tak percaya datanglah Perlis. Habiskan 3 hari gerenti puas hati. 

Sempena Tahun Melawat Perlis 2024, kami kongsikan antara tempat-tempat baharu dan tempat makan yang boleh korang pergi sekiranya bertangdang di negeri indera kayangan ini.

Hotel dan Homestay

Secara jujur hotel di Perlis agak terhad terutama hotel-hotel baru. Hotel lama masih lagi gah berdiri tetapi biasalah hotel lama kan. Tetapi tak mengapa walaupun hotel kat Perlis terhad, mereka tawarkan pelbagai jenis homestay yang berkonspkan desa. 

Namun, ada satu hotel baru di Perlis terrletak dekat Jejawi, dahulu tempat ni budak-budak unimap buat exam kot termasuk aku. Ok hotel ni memang boleh puji dan paling best lah kalau nak stay di Perlis. Selain tempat dia terletak tengah-tengah antara Kangar dan Arau jadi nak pergi mana-mana pun tak jauh termasuk Kuala Perlis cuma nak ke Padang Besar dalam 45 minit juga. 45 minit kalau KL tu kira dekat dah. 

All Inn Hotel Kangar

Kami bagi simple je bersih, baru, bilik luas, harga tak mahal, katil selesa paling best banyak kedai makan best berdekatan dengan Hotel ni. Cuma hati-hati sesetengah bilik tak ada tingkap tetapi tetap mempunyai ruang yang luas. 

Setakat ini hotel yang paling selesa di Perlis hanya All Inn Hotel jer. Kalau bercadang nak bermalam kat sini kami sarankan untuk buat tempahan awal sebab hotel ini selalu penuh. Bilik pula kalau korang datang bersama keluarga boleh ambil suite. Harga pun tak mahal sangat.

Alamat : All Inn Hotel

No. 33, Persiaran Jejawi Utara Kompleks Perniagaan, Jejawi, 02600 Arau, Perlis.

Tel: 04-9778599

Tempat Menarik Dan Aktiviti di Perlis 2024

1. ATV Bintong

Mungkin korang dah biasa naik ATV kat mana-mana selain Perlis kan. Istimewanya ATV Bintong ni korang boleh naik ATV pusing-pusing kampung yang terletak di celah-celah bukit dengan pemandangan sawah padi yang menghijau. Memang begitu tenang dan indah sekali. Jalan pun tak sesak, adalah sesekali korang akan berselisih dengan kereta orang kampung. Laluan ATV ini agak jauh juga sampai muntah lah korang bawa ATV tu. 

Semasa pusing-pusing kampung tu tegur-tegur lah ye penduduk kampung, mereka ni peramah. Aktiviti diorang petang-petang adalah memancing. Kalau nak merasa pancing ikan puyu tepi bendang boleh la join sekali.

Alamat: ATV Bintong

Kampung Behor Janggus, 01000, Kangar, Perlis

Tel: 012-5687002

2. Kangar Street Art

Secara jujur Street Art Kangar adalah sekankang kera. Walaupun tak banyak tetapi mural yang dihasilkan penuh dengan seni. Mungkin selepas ini mereka akan tambah lagi. Kalau nasib baik korang boleh jumpa dengan pelukis mural kat sini. Masa untuk korang habiskan kat sini 5-10 minit cukup lah. 

Alamat: Kangar Street Art

Lorong Seni, Pusat Bandar Kangar, 01000, Kangar, Perlis

3. Galeri Di Raja Arau

Galeri yang hanya terletak di sebelah Istana Raja Perlis di Arau ini menempatkan pelbahai koleksi simpanan barangan diraja Perlis. Banyak koleksi menarik yang boleh pelancong lihat sendiri di sini seperti alat kebesaran diraja, bunga emas, senapang antik, tembikar-tembikar, pedang, basikal antik, duit lama, dan sebagainya. Tarikan yang paling mendapat perhatian di sini ialah kain kiswah atau dengan lebih sinonim dengan nama kelambu Kaabah yang telah dihadiahkan oleh pemerintah Arab Saudi kepada pemerintah Negeri Perlis pada tahun 1965.

Menariknya kat sini mungkin korang akan perasan yang hobi Raja Perlis dalam mengumpul barang-barang sama sepertti korang. Kalau nak datang sini korang kena buat temujanji dulu sebab bukan boleh masuk macam tu jer. 

Alamat: Galeri Diraja Arau

Arau, 02600, Arau, Perlis

Tel: 04-9861226

4. Gua Kelam

Rasanya Gua Kelam tak perlu nak diperkenalkan lagi. Ianya agak dikenali sejak bertahun lamanya. Cuma Gua Kelam sekarang dah dinaiktaraf dengan lebih cantik dah. Malah terdapat Gua Kelam 2 dimana korang boleh masuk ke dalam gua tempat orang-orang terdahulu melombong emas dan perak. 

5. Gua Wang Burma

Ini merupakan kali pertama kami jejakkan kaki di Gua Wang Burma walaupun dah berkali-kali jejakkan kaki di Perlis. Gua ni terletak berhampiran dengan sempadan Malaysia - Thailand. Silap-silap masuk gua Malaysia keluar dekat Thailand. 

Aktiviti di Gua Wang Burma agak mencabar sedikit. Memang menguji segala lemak-lemak yang sekian lama diternak ya. Pertama sekali kena hiking. Jalan agak landai tetapi ada juga yang mencanak juga. Setelah 45 minit hiking lebih kurang korang akan sampai dekat gua kering dahulu. 

Dalam gua kering ni, korang wajib bawa lampu suluh. Banyak fosil-fosil dan segala jenis mak nenek yang sepatutnya adalah gua korang boleh jumpa termasuklah kodok yang bersaiz besar ya. Dalam ni juga korang boleh explore macam-macam lubang yang akan membawa korang ke tempat seterusnya. 

Kat dalam gua ni juga banyak tempat yang boleh OOTD terutama bagi penyokong Manchester United yang selalu check in dalam gua. Mungkin juga korang boleh terserempak dengan segelintir penyokong setan merah ni dekat sini. 

Seterusnya korang akan masuk ke gua basah. Oh yang ini tak leh bawak bincang ya. Sesetengah laluan memang sempit sehingga korang kena merangkak di dalam air. Kalau risau basah atau paras air jangan risau korang memang akan basah. Air paras dada itik je. Walaupun segala makian keluar tetapi kami tetap seronok mengharungi gua basah sampai ke hujung. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Kalau berkumpulan datang kat sini boleh lah cuba. 

Alamat: Jabatan Perhutanan Negeri Perlis

Km 2 Jalan Kaki Bukit, 01000, Kangarr, Perlis

Tel: 04-9765966

6. Pulau Ketam / Kampung Pelangi

Kalau ada masa korang boleh habiskan waktu petang korang menikmati pemandangan matahari terbenam di Pulau Ketam. Kalau tak pun boleh juga singgah di Kampung Wai. Namun disebabkan masa agak terhad banyak habiskan di dalam gua kami tak sempat untuk menikmatinya. Singgah pun sekejap je dah malam warna-warna pelangi jadi warna lohong hitam. 

7. Wang Kelian Viewpoint

Keesokkan pagi, seawal jam 6 pagi korang boleh ke Wang Kelian Viewpoint untuk saksikan matahari terbit. Sumpah weh cantik sebab kat sini dia terletak atas bukit. Banyak filem-filem buat penggambaran kat sini. Kalau nasib baik boleh tengok awan karpet. Itu kalau cuaca baik lah. Nak datang sini memang tak de pilihan lain selain bangun pagi dan terus sarapan dan bertolak ke Wang Kelian. Udara pagi kat sini pun masih lagi bersih sebab dikeliling hutan. 

Alamat: Wang Kelian Viewpoint

02200, Kaki Bukit, Perlis

8. Taman Rimba Herba Perlis

Apa yang korang boleh buat kat sini? Aku tahu memang itu yang terlintas kan? Selain belajar tentang segala jenis herba kat sini yang mana korang akan rasa bosan, korang boleh buat urutan kaki yang boleh hilangkan segala lenguh tu. Urutan kaki ni ambil masa dalam 15-20 minit je menggunakan air rendaman herba. Korang rendam dulu dalam 30 minit pastu boleh urut. Ada pakcik dan makcik akan buat urutan tradisional kat korang. Susah tau nak jumpa urutan oleh orang-orang lama ni. Korang juga boleh belajar banyak ilmu-ilmu dengan mereka. 

Kalau korang nak buat urrut tradisional atau ada masalah dengan benda-benda tak elok boleh la hubungi Pak Long dan Mak Long. Tel : 017-5200197 Bayaran seikhlas hati. 

Alamat: Jabatan Perhutanan Negeri Perrlis, Kilometer 2, Jalan Kaki Bukit, 01000, Kangar, Perlis

Tel: 04-9765966

9. Padang Besar

Seterusnya memang tak sahlah kalau ke Perlis tak ke Padang Besar. Yer Perlis tak ada Mall tapi Perlis ada Padang Besar. Kat sini lah korang yang nak feeling makan kat Hatyai tapi passport pun tak ada, jadi korang lah nikmati masakan Thailand dekat sini. Nak beli toto narita, jersi, segala jenis kudap-kudap pun kat sini. 

Cukuplah aktiviti 4 hari 3 malam di Perlis. Kalau nak diikutkan masih banyak lagi tempat-tempat baru yang kami nak pergi tapi aktivit agak padat ini sahaja yang sempat. Mungkin lain kali. Seterusnya kami kongsikan 5 Tempat Makan Best di Perlis 2024. 

 

Destination: