"I Derhaka Ke?" - Gadis Jijik Dengan Ibu, Tanggung Keluarga Dengan Jual Diri

TERKINI
November 04, 2022 - 05:49 PM


Ibu bapa, antara golongan insan yang tinggi martabatnya. Mereka yang melahirkan dan bertanggungjawab dalam menyediakan segala keperluan dan kasih sayang buat anak-anak. Kadang kala, kita sebagai anak ambil mudah pengorbanan mereka.

Viral di platform Twitter apabila seorang gadis meluahkan isi hatinya tentang pekerjaan ibunya. Kehidupan keluarganya dahulu agak sukar. Semuanya bermula dengan penderaan seorang suami terhadap isteri. Disebabkan itu, ibunya dicerai dan beliau bersama adik beradik yang lain terpaksa ditanggung oleh ibunya keseorangan.

Walaupun hakikatnya, seorang ibu tunggal yang terpaksa membesarkan anak-anak adalah satu cabaran yang hebat. Namun, ibunya tetap kuat berusaha dalam menyara mereka. Namun sehinggalah di suatu hari, apabila gadis ini mendapat tahu tentang pekerjaan yang dilakukan ibunya.


Rupa-rupanya, selama ini beliau dan adik beradik yang lain dibesarkan dari duit seorang pela*u*. Susulan daripada itu, beliau berasa amat kecewa dan jijik terhadap ibunya kerana tidak menjangka bahawa ibunya tergamak menjual diri dan maruah demi mereka.

Biarpun ibunya telah menjaga mereka dengan sempurna sehingga ke menara gading, namun beliau tetap tidak boleh memaafkan dan menerima ibunya kembali.

Destination: