Penyamun Klinik Gigi Bersenjatakan Parang Berjaya Ditahan!

TERKINI
November 10, 2022 - 02:23 PM


Viral di platform TikTok di mana satu klip yang dimuatnaik oleh seorang doktor gigi  Kim Atikah memaparkan detik cemas dimana klinik gigi yang beliau bekerja dirompak oleh dua lelaki bersenjatakan parang!

@whizenkruz Kes rompak di tempat kerja kami hari ini di Klinik Dental Republik Bandar Seri Putra. Video in order of how the robbery happened today. 2 Lelaki Melayu, bersenjata parang. Kejadian berlaku pada 7 November 2022, sekitar jam 12.43 tengahari hingga 12.53 tengahari. Jika orang awam ada sebarang maklumat , boleh laporkan ke Balai Polis Bangi / Balai Polis berdekatan. Yang kami bersyukur, semua selamat. Itu yang paling utama. Video ini bertujuan nak bagi kesedaran yang perkara nak jadi tak diduga dan boleh jadi dimana mana. Apa pun, stay safe and take care everyone. Moga Allah lindungi kita semua. #robbery #rompakan #bandarseriputra ♬ Mission Impossible (Main Theme) - Favorite Movie Songs

Kejadian itu berlaku di sebuah klinik pergigian di Bandar Seri Putra, berdekatan Bangi, Selangor. Dalam video tersebut memaparkan dua orang penyamun bersenjatakan parang itu menutup muka mereka menggunakan topi keledar masuk melalui pintu utama.

Polis Berjaya Menahan Suspek

Lima individu termasuk dua dalang utama kejadian samun bersenjatakan parang di sebuah klinik gigi di Bandar Seri Putra, Bangi, Isnin lepas ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, sepasukan anggota berjaya memberkas dua lelaki tempatan disyaki terlibat di sekitar Kajang pada pukul 4.58 petang, semalam.

“Dalam kejadian itu, suspek telah melarikan sebuah Macbook, dua telefon bimbit, wang tunai sekitar RM2,000 dan seutas rantai emas dan keseluruhannya sebanyak RM7,000.

“Namun begitu, kesemua mangsa yang berada di dalam premis tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika berucap dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kajang.

Destination: