Tanda Tanya Pemergian Influencer & Pelakon Syazlin Zainal Terjawab, Jatuh Dari Tingkat 22 Sebelum Meninggal

TERKINI
November 11, 2022 - 03:45 PM


Viral di media sosial tentang pemergian mengejut pelakon dan juga influencer media sosial, Syazlin Zainal. Ramai rakan artis, peminat berasa terkejut dan sedih apabila mendengar perkhabaran tersebut, namun ramai juga yang ingin tahu apa yang telah berlaku

Polis Sahkan Punca Kematian

Susulan daripada itu, menerusi laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan yang influencer berkenaan telah ditemui meninggal dunia selepas dipercayai jatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di kawasan Taman Iskandar semalam.

Ujar beliau, pihak polis telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan tentang penemuan mayat seorang wanita di bahagian bawah pangsapuri tersebut kira-kira 12.50 tengah hari itu.

“Hasil siasatan polis mendapati wanita berkenaan adalah seorang warga tempatan berusia 26 tahun dan bekerja sebagai pelakon sambilan.

“Hasil siasatan awal mendapati, sebab kematian adalah jatuh dari tingkat 22 pangsapuri dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini,” katanya.

Destination: